Kuil-kuil Utama Subramaniam (dewa)

Terdapat enam buah kuil utama Dewa Subrahmaṇya yang dikenali sebagai Āṟupaṭai vīṭu (Tamil) di negeri Tamil Nadu di India Selatan. Enam kediaman suci ini disebut dalam karya Tamil Thirumurugatrupadai, ditulis oleh Nakkeerar dan juga dalam Thirupugal, karya klasik oleh Arunagirinathar. Enam kediaman suci ini ialah Thiruthani, Swamimalai, Palani, Pazhamudircholai,Thirupparankunram dan Thiruchendur.

KuilLokasiHuraian
Thiruthani MuruganThiruthani, daerah ThiruvallurBerdekatan bandar Chennai, selepas pertempuran dengan golongan Asura, Muruga berehat di sini dan kemudiannya berkahwin dengan VaỊỊi. Penganut-penganut akan mendaki 365 anak tangga untuk pergi ke kuil di atas bukit ini. Pada suatu ketika dahulu, kuil ini berada di bawah naungan pemerintah-pemerintah Vijayanagara dan zemindar-zemindar tempatan.

Menurut lagenda, Dewa Skanda telah mengajar bahasa Tamil kepada Agastya Muni di bukit ini. Oleh itu, Dia juga disembah di kuil ini sebagai Veeramurthy, Gnanamurthy and Acharyamurthy.

Swamimalai MuruganSwamimalai, daerah ThanjavurBerada 5 km dari Kumbakonam di sisir sungai Cauvery, kuil ini dibina di atas bukit buatan manusia. Tempat ini menandakan peristiwa di mana Dewa Muruga menjelaskan maksud Pranava Mantra 'Om' kepada bapa-Nya, Dewa Śiva.

Kuil utama untuk Swaminatha Swami terletak di puncak bukit pada ketinggian 60 kaki (18 m) dan kuil-kuil untuk ibu-Nya Meenakshi (Parvathi) dan bapa-Nya Sundareswarar (Śiva) berada di kaki bukit. Terdapat enam puluh anak tangga menuju ke kuil ini menandakan kitaran enam puluh tahun dalam kalendar Tamil.

Kuil ini dipercayai wujud sejak zaman Sangam dari kurun ke-2 S.M. dan dipercayai telah diubahsuai oleh Parantaka Chola I. Kuil ini telah mengalami kerosakan teruk semasa peperangan Anglo-Peranchis di antara Hyder Ali dan orang British pada tahun 1740. Kini, kuil ini diuruskan oleh Hindu Religious and Endowment Board oleg Kerajaan Tamil Nadu.

Perayaan tahunan utama di kuil ini ialah Vaigasi Visakam.

Palani MuruganPazhani, 56 km di barat DindigulKuil ini dibina di atas bukit Palani di mana 'Dhandayuthapani' berada dalam keadaan meditasi, dengan memegang sebatang kayu ('danda') sebagai senjatanya ('ayutha'). Selepas bergaduh dengan keluarganya kerana sebiji buah mangga, Muruga telah datang ke bukit ini. Arca Dhandayuthapani di kuil ini telah dibuat oleh Bhogar, seorang wali dengan menggunakan sembilan jenis bahan mineral yang dikenali sebagai Navabashanam.
Pazhamudircholai MuruganPazhamudircholai, daerah MaduraiKuil ini berada 16 km di utara Madurai. Kuil ini terletak di atas sebuah bukit kecil di mana sebatang sungai kecil bernama Nupura Gangai mengalir. Dewa Murugan kedua-dua isterinya disembah di kuil ini. Dewa Muruga di Pazhamudircholai telah dipuji dalam sastera-sastera Tamil purba seperti Silappathikaram, Ettuthokai dan Pattupattu.

Menurut lagenda, Avvaiyar, penyair wanita Tamil telah bertemu dengan Dewa Muruga di tempat ini.

Thirupparamkunram MuruganThiruparankunram, 5km dari daerah MaduraiKuil ini bertempat di atas sebuah bukit di mana Dewa Muruga berkahwin dengan Devasenā, puteri Dewa Indra. Nakkeerar dikatakan telah menyembah Dewa Muruga di kuil ini.

Satu ciri pelik kuil ini ialah dalam kuil utama terdapat arca Śiva dan Viṣṇu bertentangan muka, sesuatu yang amat jarang. Di luar kuil di hadapan Dwajasthambam atau Kodi Maram terdapat arca besar burung merak (kenderaan Muruga), Nandi (kenderaan Śiva) dan Moosika (kenderaan Ganesha) yang telah diukir daripada batu besar.

Sundarar dan Sambandar juga telah menyanyikan Tevaram (ayat-ayat suci Tamil) di kuil ini.

Thiruchendur MuruganThiruchendur, 165km di selatan daerah MaduraiTerletak di pantai berdekatan Tuticorin, di mana dahulunya wujud Gandhamadana Parvatam or Santhanamalai (Bukit Cendana). Bukit ini ialah tempat di mana Dewa Subrahmaṇya memuja Dewa Śiva sebelum bertempur dan memenangi Surapadma.Tumpahan darah Surapadma telah menjadikan tanah di tempat ini berwarna merah.